Tuesday, May 8, 2012

Refleksi Analisis Dokumen

Dalam tugasan ini, kami telah diminta untuk menganalisis atau mengkaji dokumen yang berkaitan Program Sekolah Bestari (Smart School Programme). Kami telah membaca dua dokumen iaitu, ‘The Malaysian Smart School – An MSC Flagship Application – A Conceptual Blueprint’ dan ‘The Smart School Roadmap 2005 – 2020: An Educational Odyssey’.  Dokumen blueprint ini menyatakan tentang bagaimana sekolah bestari itu bakal dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. ‘Smart School Roadmap 2005 – 2020: An Educational Odyssey’ pula menyatakan bagaimana Sekolah bestari itu dilancarkan secara berperingkat mengikut masa yang ditetapkan.
            ‘The Malaysian Smart School – An MSC Flagship Application – A Conceptual Blueprint’ telah mulakan pada 4 April 1997 dan siap sepenuhnya pada 11 Julai 1997. Dalam dokumen ini telah bagaimana proses pembelajaran dan pengajaran bakal berlaku. Ini hanyalah sebagai petunjuk atau penanda aras kepada pendidik tentang proses pembelajaran akan berlaku. Selain itu, dokumen ini ada menyatakan tentang pengurusan, proses dan senario yang akan terjadi apabila sekolah bestari dilaksanakan. The Smart School Roadmap 2005 – 2020: An Educational Odyssey pula menyatakan tentang pelaksanaan sekolah bestari secara berperingkat. Peringkat perlaksanaan tersebut terbahagi kepada empat dan disebut sebagai gelombang. Gelombang-gelombang tersebut ialah ‘Wave 1 – The Pilot (1999-2002)’ yang akan dilaksanakan di 87 buah sekolah. ‘Wave 2 – The Post-Pilot (2002-2005)’ penambahbaikan yang perlu ada setelh perlaksanaan berlaku. ‘Wave 3 – Making All Schools Smart (2005-2010)’ dan ‘Wave 4 – Consolidate and Stabilise (2010-2020)’. Akhirnya, teknologi menjadi sebahagian daripada proses bembelajaran di Malaysia.

Kami hanya ditugaskan untuk mengolah proses pembelajaran dan pengajaran untuk sekolah bestari, menyatakan isu dan cabaran yang terdapat ketika perlaksanaan sekolah ini serta cara untuk mengatasi cabaran dan seterusnya menjadikan sekolah bestari ini satu realiti. Jika saya, diberi peluang untuk mmbuat tugasan ini untuk kali kedua saya akan cuba untuk lebih meneliti dokumen-dokumen yang diberikan. Seturusnya memberi input-input yang lebih berkualiti berbanding dengan kali pertama. Hal in disebabkan kini saya lebih memahami apa yang ingin di sampaikan oleh kerajaan melalui sekolah bestari.