Data Logger adalah sebuah program yang membantu kita untuk menyimpan keputusan kajian atau tugasan dalam makmal. Data Logger mempunyai beberapa jenis pengesan untuk mengesan keadaan yang berbeza. Contohnya pengesan suhu, pengesan kelembapan dan pengesan pH. Di dalam data logger kesemua data disimpan dan graf telah dihasilkan bedasarkan keputusan yang kami perolehi. Seterusnya, kami memindahkan semua kputusn ke dalam komputer supaya data dapat di analisa dengan lebih baik.
Semasa kami didedahkan dengan data logger kami telah diberi dua pengesan yang berbeza, iaitu pengesan kelembapan dan pengesan suhu. Kami dapat melakukan eksperimen tersebut dengan baik. Keputusan yang kami perolehi selari dengan teori yang diberi. Kami lebih dekat dengan cara penggunaan data logger ini. Jika saya diberi lagi peluang untuk melakukan eksprimen ini saya sendiri ingin menjadi bahan eksperimen dan melakukan eksperimen yang pelbagai menggunakan data logger.










