Silmulasi merujuk kepada mengajuk atau meniru keadaannya atau suasananya seolah-olah betul atau hampir sama dengan keadaan sebenar. Pada pembelajaran kali ini kami telah didedahkan dengan silmulasi. Kami di beri peluang untuk melihat contoh – contoh silmulasi yang telah di buat untuk proses pembelajaran dan pengajaran untuk mata pelajaran sains.
Di Malaysia mata pelajaran sains dianggap sukar bagi pelajar. Namun begitu dengan wujudnya silmulasi dapat membantu pelajar untuk memahami mata pelajaran sains dengan lebih mudah. Kai telah di beri tugasan untuk menyiapkan perancangan pengajaran bagi silmulasi yang dipilih. Kami telah memilih tajuk Natural Selection atau dalam bahasa melayu disebut sebagai pilihan semulajadi. Kami memilih silmulasi ini kerana tajuk tersebut agak sukar untuk difahami. Para pelajar mudah keliru bagaimana pemilihan semulajadi dalam kehidupan kita ini berlaku. Mengapakah mutasi itu penting untuk memastikan spesis tersebut dapat meneruskan bakanya walaupun sudahberubah sedikit daripada segi genetik.
Dengan adanya simulasi ini saya dapat mewujukan pembelajaran interaktif untuk semua pelajar saya dan seterusnya menarik minat mereka untuk mendalami ilmu sains.








