‘Lecture Maker’ ini boleh dikatakan lebih kurang sama seperti ‘Power Point Presentation’ tetapi lebih menarik dan tampak lebih kemas berbanding ‘Power Point Presentation’. Ini juga salah satu daripada alat bantu mengajar yang baik. Di kelas ini adalah kali pertama saya terdedah dengan ‘Lecture Maker’. Pandangan pertama ‘Lecture Maker’ adalah susah untuk difahami tetapi setelah mempelajarinya saya rasa lebih berkeyakinan untuk menggunakannya.
‘Lecture Maker’ membuat pengajaran saya lebih menarik dan mudah. Jika sebelum ini saya hanya tahu untuk membuat ‘hyperlink’ dalam ‘Power Point Presentation’ tetapi dalam ‘Lecture maker’ kita boleh menukarkanya kepada ‘button’. Ini lebih mudah kerana kita idak perlu untuk membuatnya dalam slide yang seterunya untuk menjadikan itu ‘hyperlink’ tetapi kita boleh meletakan dalam satu slide yang sama dengan mengunnakan ‘button’. Bagi saya ia memudahkan saya.
Saya telah menggunakan ‘Lecture maker’ ia amat menyeronokan dan saya lebih berpuas hati dengan apa yang saya hasilkan. Saya telah mempunyai software ‘lecture maker trial version’ ini membuat saya lebih dekat untuk meneroka ‘lecture maker’ dan ini boleh digunakan ketika saya di sekolah.








