Wednesday, May 23, 2012

Refleksi Blog

Menjadi seorang ‘blogger’ tidak pernah difkirkan tetapi apabila mengikuti kursus ini aya berjaya mengenal blog dan menjadi seorang ‘blogger walaupun bukan ‘blogger’ yang bagus dan terbaik. Perlu saya akui saya banyak menimba pengalaman melalui rakan-rakan untuk  membuat blog selain itu Dr. Saadiah ,pensyarah untuk Kursus teknologi dan Maklumat dalam Sains banyak memberi tunjuk ajar untuk say menyyiapkan tugasan blog ini.
                
Pada permulaan pemberian tugasan mengenai blog saya terasa berat dan dapat membayangkan betapa sukarnya saya untuk melakukan tugasan ini. Ini disebabakan saya amat tidak berminat kepada blog. Bagi saya blog adalah satu perkara yng leceh dan rumit tetapi setelah membuat laman blog senndiri saya mula merasakan keseronokan sebagai ‘blogger’ saya mula mencari alternatif untuk menghias blog saya. Bermula dari kosong sehingga blog saya mulai ada penghiasnya. Saya merasa satu kepuasan apabila hasil kerja atau sesuatu yang saya inginkan terlaksana dengan baiknya. Alhamdullilah dan InsyaAllah saya akan meneruskan blog ini di masa depan supaya anak didik saya dapat melihat hasil kerja saya dan boleh memperolehi ilmu melalui blog saya.